Friday, August 29, 2008

From here to nowhere

Hari ini aku nak menerangkan serba sedikit tentang directory hierarchy dalam Linux.

Sebagaimana yang kita semua tau, permulaan hierarchy dalam directory Linux ialah / (ini boleh gambarkan seperti C:\), dan didalam / terdapat pelbagai directory seperti ‘usr’, ‘var’, ‘etc’, ‘home’ dan lain-lain.


$ cd /
$ ls

Jika kita ikuti 2 arahan Linux diatas, kita akan dapat lihat directory-directory di dalam /.

Didalam persekitaran Graphical User Interface (GUI), amatlah mudah untuk kita melakukan kerja dan bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain tanpa kerumitan. Namun, bekerja di persekitaran Command Line Interface (CLI) dalam Linux adalah agak perlahan bagi seseorang yang masih baru dengan persekitaran ini. Seseorang itu perlu memahami struktur hirarki file di Linux dan sentiasa ambil perhatian dimana lokasi semasa dia berada sekarang.

Antara elemen penting untuk memanipulasi working directory adalah seperti berikut:

  • cd

  • pwd

  • full path (laluan penuh)

  • ../ (aku tak tau panggilan untuk ini)


Untuk arahan cd dan pwd, mungkin kebanyakan sudah biasa dan kenal tujuan arahan ini, jadi, manipulasi kepada arahan cd adalah sangat penting untuk memudahkan kerja-kerja anda semasa berapa didalam persekitaran CLI Linux. Sebagai contoh:
1: $ cd /

2: $ cd /home/detonator

3: $ pwd
/home/detonator


4: $ cd ../

5: $ pwd
/home


6: $ cd /home/detonator/assignment

7: $ ls
assignment.txt


8: $ mv assignment.txt ../

9: $ mv ../assignment.txt .

10: $ mv assignment.txt /home/detonator

11: $ mv /home/detonator/assignment.txt /home/detonator/assignment

Sepertimana arahan yang telah ditulis diatas, anda mungkin telah biasa dengan arahan 1 sehingga 3 bukan?

Untuk arahan ke-4, penggunaan ‘cd ../’ bermaksud mengundur ke upper-level directory. Sebagai contoh, upper-level directory untuk /home/detonator/assignment ialah /home/detonator dan upper-level directory untuk /home/detonator ialah /home.

Untuk arahan ke-8 pula, sama sahaja seperti arahan ke-4. Sekiranya anda menaip arahan ‘mv assignment.txt ../’, anda cut&paste file assignment.txt ke upper-level directory. Sebagai contoh, directory semasa anda ialah /home/detonator/assignment dan didalamnya mengandungi file assignment.txt. Dengan menggunakan arahan ke-8, anda cut&paste file assignment.txt dari /home/detonator/assignment ke/home/detonator.

Pada arahan ke-9, aku menggunakan ‘.’ pula, yang bermaksud current directory. Sebagai contoh, current directory aku sekarang ialah /home/detonator/assignment dan file assignment.txt berada didalam/home/detonator. Jadi, untuk transfer file assignment.txt dari /home/detonator ke /home/detonator/assignment, kita boleh menggunakan arahan ‘mv ../assignment.txt .’

Untuk arahan ke-11, aku menggunakan full path, iaitu laluan lengkap untuk lokasi sumber (source location) dan lokasi destinasi (destination location) tanpa memanipulasi path tersebut.

Jadi, terpulang pada anda untuk menggunakan full path atau manipulated path. Bagi aku, sekiranya anda telah faham tentang hirarki file directory dalam Linux, amatlah mudah bagi anda untuk bergerak dan bekerja dari satu directory ke directory yang lain tanpa kekeliruan. Apa yang penting ialah practise dan familiarization.

Sekian.

Monday, August 18, 2008

Pelbagai Arahan Asas Linux yang Lain

Jika kita bertanya tentang sesuatu arahan Linux didalam chatroom seperti IRC, kebiasaanya kita akan disuruh untuk membaca manual atau mencari didalam Google.

Pada mulanya saya tidak bersetuju dengan ideologi atau budaya seperti itu pada mulanya (kerana saya juga suka disuap dan tidak suka membaca), tapi lama-kelamaan, ideologi tersebut menjadi salah satu pegangan untuk saya mempelajari sesuatu kemahiran dan ilmu.

Jadi, untuk mempersediakan anda untuk menerima pakai ideologi tersebut, saya akan cuba untuk memperkenalkan satu arahan Linux yang agak popular dikalangan pengguna Linux, iaitu arahan;
‘man’

Arahan ‘man’ digunakan untuk mendapatkan penjelasan tentang sesuatu arahan yang terdapat didalam Linux dan aplikasinya. sebagai contoh, jika anda mahu mendapat penjelasan dan bagaimana untuk menggunakan arahan cd, atau ls, atau pwd, anda perlu menaip seperti,

$ man cd
$ man ls
$ man pwd


dan sebagainya.

Jika anda menemui arahan-arahan baru yang belum pernah anda jumpa/guna, anda bolehlah menggunakan arahan ‘man’ untuk mendapatkan penjelasan tentang tujuan dan penggunaan arahan tersebut.

Sekian.

Sebagai tambahan:
Cuba cari dan hayati penggunaan arahan dibawah dengan menggunakan arahan ‘man’,
$ man mkdir
$ man rm
$ man cp
$ man mv
$ man touch
$ man reboot
$ man shutdown

Friday, August 15, 2008

Belajar Arahan Asas Linux 1

Dalam Sistem Operasi seperti Linux, FreeBSD, dan lain-lain, kebiasaannya terdapat dua (2) jenis interface (antaramuka) iaitu Command-Line Interface (CLI) dan juga Graphical User Interface (GUI).

Apa yang menjadikan Linux unik berbanding Windows ialah ia mempunyai CLI yang sangat penting pusat arahan dalam Sistem Operasi Linux atau lebih dikenali sebagai shell.

Sebagai seorang yang ingin mendekati atau mempelajari Linux, arahan shell (shell command) adalah salah satu pelajaran yang sangat penting untuk dikuasai.
Terdapat beberapa jenis shell yang popular digunakan (yang mana saya takkan sentuh secara mendalam di tutorial ini) seperti bourne again shell (bash), corn shell (csh), zsh, tcsh dan lain-lain. Didalam shell, arahan akan ditaip dan dihantar kepada aplikasi/sistem Linux untuk diproses dan outputnya juga kebiasaanya adalah dalam bentuk teks juga.

Bash adalah shell yang paling popular dalam Linux dan seringkali dijadikan default shell untuk banyak Linux distribution. Untuk tutorial yang pertama ini, saya akan berkongsi dengan anda beberapa arahan asas linux yang sangat berguna untuk anda pada setiap masa. Mari kita..

Dimana saya?
Apabila anda telah membuka Terminal Shell, iaitu aplikasi untuk anda berinteraksi dengan Linux melalui shell, kebiasaannya anda akan lihat simbol seperti ‘$’ bermaksud Terminal Shell sudah bersedia dan sedang menunggu arahan daripada anda.

Didalam Windows, filepath (atau hirarki fail) bermula dari C:\ dan fail-fail dalam C:\ tersebut akan membentuk hirarki fail seperti C:\Program Files, C:\Program Files\Adobe dan sebagainya.

Tetapi didalam Linux, filepath nya bermula dari / dan fail-fail dalam / tersebut akan membentuk hirarki fail seperti /home, /home/detonator, /home/detonator/assignment, dan sebagainya.

Jadi untuk persoalan ‘dimana saya’, untuk anda mengenalpasti lokasi directory dimana anda berada bolehlah anda menaip didalam Terminal Shell tersebut dengan perkataan ‘pwd’.

$ pwd

dan shell akan membalas dengan mengeluarkan output lokasi directory semasa anda. Sebagai contoh,

$ pwd
/home/detonator


Dari mana hendak kemana?
Untuk persoalan kali ini, saya akan cuba memperkenalkan arahan ‘cd’ atau nama panjangnya ‘change directory’ yang digunakan untuk menukar/pergi dari satu lokasi directory ke directory yang lain. Melalui arahan cd, anda boleh berpindah dari lokasi semasa anda kepada lokasi directory lain yang anda ingin pergi, sebagai contoh,

$ pwd
/home/detonator
$ cd /home/detonator/assignment
$ pwd
/home/detonator/assignment
$ cd /
$ pwd
/


Dari contoh diatas, dapat dilihat bahawa lokasi awal anda ialah /home/detonator. Setelah anda menaip ‘cd /home/detonator/assignment’, lokasi anda telah bertukar kepada /home/detonator/assignment dan begitulah seterusnya.

Apa didalamnya?
Setiap directory yang anda masuki melalui arahan cd, tedapat fail-fail yang menduduki directory tersebut. Untuk melihat senarai fail-fail yang terdapat didalam directory yang anda masuki, gunakan arahan ls, sebagai contoh,

$ ls

dan shell akan mengeluarkan senarai fail-fail yang terdapat didalam directory tersebut.

Ini boleh dilihat seperti didalam Windows apabila anda menggunakan Windows Explorer untuk melihat isi-isi yang tedapat didalam sesebuah folder, cuma didalam shell kesemua outputnya adalah berasaskan teks semata.

Sekian untuk tutorial ringkas saya kali ini.