Saturday, June 20, 2009

Ke Bagan Datoh

Baru-baru ni aku dan sahabat2 telah ke Bagan Datoh, Perak, atas hajat untuk melawat sebuah masjid yang telah dibina hampir 150 tahun.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dan mengkaji warisan dan seni bina yang ditinggalkan oleh ulama-ulama nusantara dahulu, yang mana, setiap ukiran, struktur, dan rekabentuk masjid itu mempunyai maksud yang tersirat serta nilai-nilai ketuhanan yang sangat mendalam. Berdasarkan apa yang kami lihat, sebahagian besar struktur dalaman masjid ini masih kekal dengan binaan asalnya, seperti tiang-tiang seri, siling, serta dibahagian mimbar masjid. Ukiran kayu yang melafazkan selawat keatas Nabi masih jelas kelihatan di bahagian mimbar serta corak-corak bersifat nusantara yang melambangkan kreativiti masyarakat melayu dahulu kala.



Sekiranya mendongak ke siling masjid, terlihat keunikan struktur siling yang membentuk tingkatan segi empat dialun dengan ukiran khat disekelilingnya yang memberikan sebuah perasaan pelik tetapi tenang, mungkin juga ia disebabkan cahaya yang diimbas kepada kepingan-kepingan kaca disekeliling siling tersebut.

Secara keseluruhan, pengalaman beriktikaf dimasjid tersebut memberi sebuah perasaan yang amat menenangkan, disamping suasana kampung yang mendamaikan, jauh dari nuansa keangkuhan dan kebuasan manusia sejagat. Namun, bagi aku yang masih seperti bocah kecil, semua maksud dan nilai yang tersirat disetiap sudut masjid itu masih belum dalam diertikan satu persatu. Hanya dapat aku menghayati ketenangan dan kedamaian yang menyelubungi masjid itu.