Monday, December 13, 2010

Pergi yang takkan kembali

PENGHUJUNG DUNIA

Saat naluri nan meruntun,
Saat yang kenal lupa santun,
Saat yang kaku yang ditonton,
Saat jiwa terasa serun.

Aku yang bertanya,
Mana aku hujung dunia,
Harap kekal di jalan-Nya,
Berpegang pada kalimatNya.

Biar aku di jalan kalimat,
Dalam menafi dan mengisbat,
Hidupku tiada terikat,
Dua kalimat punca azimat.

Biar bersabar pada hakikat,
Bercanang pada makrifat,
Bersembunyi dalam syariat,
Menjadi hamba yang munafaat.

Jalanku masih jauh,
Merenung masih jenuh,
Tiada ia akan tertangguh,
Terus kekal dalam disuruh.

Tiada ubat selain sabar,
Tiada penawar selain redha.

tintaresam
1:35 PM
14122010

No comments:

Post a Comment