Dalam Sistem Operasi seperti Linux, FreeBSD, dan lain-lain, kebiasaannya terdapat dua (2) jenis interface (antaramuka) iaitu Command-Line Interface (CLI) dan juga Graphical User Interface (GUI).
Apa yang menjadikan Linux unik berbanding Windows ialah ia mempunyai CLI yang sangat penting pusat arahan dalam Sistem Operasi Linux atau lebih dikenali sebagai shell.
Sebagai seorang yang ingin mendekati atau mempelajari Linux, arahan shell (shell command) adalah salah satu pelajaran yang sangat penting untuk dikuasai.
Terdapat beberapa jenis shell yang popular digunakan (yang mana saya takkan sentuh secara mendalam di tutorial ini) seperti bourne again shell (bash), corn shell (csh), zsh, tcsh dan lain-lain. Didalam shell, arahan akan ditaip dan dihantar kepada aplikasi/sistem Linux untuk diproses dan outputnya juga kebiasaanya adalah dalam bentuk teks juga.
Bash adalah shell yang paling popular dalam Linux dan seringkali dijadikan default shell untuk banyak Linux distribution. Untuk tutorial yang pertama ini, saya akan berkongsi dengan anda beberapa arahan asas linux yang sangat berguna untuk anda pada setiap masa. Mari kita..
Dimana saya?Apabila anda telah membuka Terminal Shell, iaitu aplikasi untuk anda berinteraksi dengan Linux melalui shell, kebiasaannya anda akan lihat simbol seperti ‘$’ bermaksud Terminal Shell sudah bersedia dan sedang menunggu arahan daripada anda.
Didalam Windows, filepath (atau hirarki fail) bermula dari C:\ dan fail-fail dalam C:\ tersebut akan membentuk hirarki fail seperti C:\Program Files, C:\Program Files\Adobe dan sebagainya.
Tetapi didalam Linux, filepath nya bermula dari / dan fail-fail dalam / tersebut akan membentuk hirarki fail seperti /home, /home/detonator, /home/detonator/assignment, dan sebagainya.
Jadi untuk persoalan ‘dimana saya’, untuk anda mengenalpasti lokasi directory dimana anda berada bolehlah anda menaip didalam Terminal Shell tersebut dengan perkataan ‘pwd’.
$ pwd
dan shell akan membalas dengan mengeluarkan output lokasi directory semasa anda. Sebagai contoh,
$ pwd
/home/detonator
Dari mana hendak kemana?Untuk persoalan kali ini, saya akan cuba memperkenalkan arahan ‘cd’ atau nama panjangnya ‘change directory’ yang digunakan untuk menukar/pergi dari satu lokasi directory ke directory yang lain. Melalui arahan cd, anda boleh berpindah dari lokasi semasa anda kepada lokasi directory lain yang anda ingin pergi, sebagai contoh,
$ pwd
/home/detonator
$ cd /home/detonator/assignment
$ pwd
/home/detonator/assignment
$ cd /
$ pwd
/
Dari contoh diatas, dapat dilihat bahawa lokasi awal anda ialah /home/detonator. Setelah anda menaip ‘cd /home/detonator/assignment’, lokasi anda telah bertukar kepada /home/detonator/assignment dan begitulah seterusnya.
Apa didalamnya?Setiap directory yang anda masuki melalui arahan cd, tedapat fail-fail yang menduduki directory tersebut. Untuk melihat senarai fail-fail yang terdapat didalam directory yang anda masuki, gunakan arahan ls, sebagai contoh,
$ ls
dan shell akan mengeluarkan senarai fail-fail yang terdapat didalam directory tersebut.
Ini boleh dilihat seperti didalam Windows apabila anda menggunakan Windows Explorer untuk melihat isi-isi yang tedapat didalam sesebuah folder, cuma didalam shell kesemua outputnya adalah berasaskan teks semata.
Sekian untuk tutorial ringkas saya kali ini.