Pages

Sep 4, 2009

Install VMware Server 2 dalam Linux

Hari ni aku nak berkongsi cara-cara nak menginstall VMware Server 2 kat dalam Ubuntu 9.04 (Sebagai rujukan masa depan, kot2 aku terlupa cara nak install nanti). Sebelum kita mula aktiviti menginstall VMware Server 2 ni, eloklah kita download dulu installation tarball dlu. Anda boleh download tarball VMware Server 2 tu kat http://www.vmware.com/products/server/. Di laman web vmware tu, klik “Download” dan daftarkan akaun anda. Setelah selesai mendaftar, anda akan didirectkan ke laman download. Klik pada “TAR image” untuk VMware Server 2 for Linux Operating Systems dan download. Semasa tengah download, sila check email anda untuk aktivate kan akaun anda. Ini adalah untuk mendapatkan lesen produk yang akan digunakan semasa installasi nanti. Setelah selesai download dan aktivasi lesen, install aplikasi yang diperlukan sebelum nak install VMware Server 2:
$ sudo apt-get install linux-headers-`uname -r` build-essential xinetd
Kemudian pergi ke directory tarball yang anda download tadi (dalam kes saya, /home/azizan), ekstrak dan install pakej vmware tersebut:
$ cd /home/azizan $ tar xvfz VMware-server-*.tar.gz $ cd vmware-server-distrib $ sudo ./vmware-install.pl
Semasa installasi, anda akan ditanya beberapa soalan, jika anda musykil untuk menjawab, anda hanya perlu tekan Enter (default answer), kecuali apabila ditanya berkenaan nama atau alternate administrator. Isikan username anda. Untuk direktori menyimpan Virtual Machine, anda boleh menggunakan direktori home anda (dalam kes saya, /home/azizan/vm). Setelah hampir selesai, anda akan diminta untuk mengisi Serial Number untuk VMware Server 2. Isikan Serial Number yang anda dapat ketika aktivasi akaun anda tadi. Sesudah selesai installasi VMware Server 2, anda bolehlah menggunakan VMware Server 2 anda melalui web browser kegemaran anda dengan memasuki alamat berikut:
http://localhost:8222
Selamat mencuba!